Jumaat, 23 Julai 2010

'Asyan Redha...

Assalamualaikum...

Hari-hari yang telah berlalu bagaikan tak terasa,banyak perkara yang telah berlaku begitu menguatkan jiwa.Begini rasanya menjadi jiwa dai'e,banyak hak-hak yang perlu dijaga, banyak pula jiwa yang perlu ditunaikan hajatnya.Hati yang kadang dijenguk syaitan durjana menyebabkan iman bersuara..

Nak diikutkan hati,mahu saja ana ceritan stp peristiwa yang berlaku sepanjang fatrah selepas habis imtihan hingga ke saat ini,mungkin yang masih lagi hangat terasa PMPI 2010,memikrkan saat2 indah tersebut pasti bibir mengukirkan senyuman.

Mungkin ini salah satu perkara yang berlaku,tapi sebenarnya ada satu peristiwa yang benar-benar terkesan dihati.satu ikatan ukhuwah yang amat2 mengasyikkan, ukhwah kerana Allah yang melahirkan bibit2 kerinduan.Ukhwah atas jalan aqidah semata.

Itulah salah satu daripada banyak sangat nikmat yang Allah kurniakan. Terima kasih ya Allah...jadikan hati ini mekar dengan cintaMu..

Perkara ini berlaku ketika ana membawa akhawat ireland berziarah ke bumi iskandariah.
Ana lebih suka menyerahkan bulat2 pd akhwat alex sendiri untuk susun aktiviti.. Mklumlah tuan rumah.

Hari pertama kami smpai ke sana dalam tengahari.Seusai sahaja solat asar, destinasi pertama kami adalah di montazah,hadiqah yang terkenal la kat alex.dah letih berpusing2 satu taman dan bergambar kami pun ambil tempat berehat menikmati indahnya suasana petang ditiup pula dengan angin laut yang x pernah dapat dirasai di kaherah.

Tiba-tiba sekumpulan wanita arab menghampiri halaqah kami.Mereka dalam lingkungan belasan tahun dan dua orang berumur akhir 30-an.Mereka dari Monofeya dan datang ke situ untuk berehlah.Pertama kali melihat mereka, terasa seperti ada magnet rabitah yang menghubungkan kami,nampak jelas tamayyuz meraka pada kata-kata,cara berpakaian dan layanan yang memikat.

Selesai taaruf,ana terus bersuara

"boleh ke kami nak dengar daripada anda sedikit tazkirah tentang ukhwah fillah?"

Dengan snyuman yang tak pernah lekang di bibir,satu hadis rasulullah disebut:

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Bahawasanya ada seorang yang menziarahi saudaranya (iaitu sesama umat Islam) di sebuah desa. Maka Allah mengutuskan malaikat untuk menjaganya di dalam perjalanannya itu. Tatkala malaikat itu (menjelma sebagai manusia) dan datang kepada lelaki itu, ia berkata: “Kamu hendak ke mana?” Lelaki itu menjawab: “Aku hendak menziarahi saudaraku di desa ini.” Malaikat bertanya lagi: “Apakah kamu memiliki sesuatu nikmat di atasnya yang menyebabkan kamu menuju ke sana?” Lelaki itu menjawab: “Tidak. Aku menziarahinya hanya kerana aku mencintainya kerana Allah Azza wa Jalla.” Lalu malaikat itu berkata: “Sesungguhnya aku adalah malaikat yang diutus Allah kepadamu (untuk mengkhabarkan) bahawa Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu itu kerana-Nya.” [Shahih Muslim, no: 2567]

Subhanallah,ummu usamah terus menadah tangan berdoa

Ya Allah,satukan hati-hati kami dan thabatkannya di jalan ini
Ya Allah,ampunilah dosa2 kami dan ketemukan kami di syuga firdaus milikmu
Ya Allah,jangan kau campakkan perasaan dengki sesama kami dan bantulah saudara2 kami.

Saat bait-bait doa itu dibacakan,tak sedar kehangatan air mata yang mengalir di pipi.

Sebelum berpisah sempat bertanya mauqif mereka tentang apa yang berlaku di gaza kepada ummu usamah.Pesan ummu usamah agar sentiasa mendoakan saudara di bumi palestin dan tidak kurang pentingnya supaya memboikot produk yahudi.

Untuk akhirnya,tiada satu kemanisan pun yang manusia rasai seandainya bukan redha Allah yang menjadi tiangnya.Malah seandainya redha Allah dijadikan bekalan,nescaya hilanglah keluh kesah yang akan ada hanyalah ketaqwaan pd rabbnya

"katalah apa yang mereka nak kata,hanya kepada Engkau sahaja kami mengharapkan redha"

wallahu a'lam