Rabu, 16 Februari 2011

Serius Membina Generasi


"apa pendapat enti?"
"em..susah sangat,akak suruh je la adik akak kahwin"
"tak boleh Madihah,diri pun masih belum settle,sian kat anak2 mereka nanti"

Ana tersentak.Chatting ringkas dengan seorang ukhti yang sering ana tumpang nasihat dan bimbingannya juga tempat bermanja.Masalah couple mungkin dan sentiasa berlegar disekeliling kita,malah 'penyakit' ini melanda ahli keluarga dan sahabat kita sendiri.

Mahu membina generasi sangat susah tetapi perencanaan kuffar untuk meruntuhkannya seolah-olah disambut dengan kegembiraan oleh masyarakat melayu Islam.
Institusi keluarga untuk mencetak generasi mujaddid dipandang sepi, takut untuk berkomitmen katanya.Lebih senang menukar-nukar pasangan berbanding pening dengan tanggungjawab menguruskan suami dan anak-anak.

Pulang ke Malaysia sebentar,ana berpeluang untuk menilai dan melihat realiti ummat.
Alhamdulillah dapat berjumpa dan berkongsi mutiara berharga daripada mereka yang sudah lama beramal di Malaysia.Ummat sangat kekeringan sebenarnya dan penyelesaian yang paling suci adalah kembali semula kepada ISLAM.

Islam mensyariatkan perkahwinan untuk melahirkan generasi-generasi melalui sumber yang halal.Subhanallah,begitu teliti susunan Allah s.w.t.Tetapi perkahwinan bukanlah didokong oleh pemuda-pemudi yang sudah lama bercouple atau jalan singkat sebab dah ditangkap basah lebih buruk lagi sebab sudah berbadan dua.TIDAK!!

Ingat,kesucian sesuatu tujuan menuntut kesucian cara dalam merealisasikannya.Nampak seperti mustahil diaplikasikan kini,tapi itu sahaja cara untuk melahirkan generasi harapan persis generasi pertama yang mendapat tarbiyah daripada Rasulullah s.a.w.

Semua itu pasti bermula dengan individu muslim (diri kita sendiri).Tokoh-tokoh yang hebat lahir dari rahim ibu yang sangat dikagumi ketaqwaan,sabar dan tawakalnya pada Allah,juga sangat ihtimam menjaga kesucian dirinya.

Macammana nak menjadi individu muslim yang baik?

1.Letakkan cinta Allah yang paling tinggi melalui akidah yang sejahtera,ibadah yang benar dan akhlak yang mantap.

2.Gabungkan diri dengan persatuan yang kita yakini pendekatan Islam yang dibawanya,juga melalui qudwah ahlinya.

3.Ikhlaskan diri dan berusaha untuk sentiasa memperbaharui niat.kenapa kita ingin berubah.

4.Cari persekitaran yang baik,bergaul dengan sahabat yang boleh menegur silap kita dan sentiasa membimbing kita.

Wallahu A'lam

Sabtu, 12 Februari 2011

Nikmat Masa


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah,kesyukuran atas setiap nikmat.Rata-rata hampir keseluruhan pelajar pulang ke Malaysia dan berjumpa bersama keluarga (saat2 yang dinantikan).
Tapi ketika kita senang berkumpul bersama keluarga mungkin ada beberapa agenda yang kita gagal untuk melaksanaknnya antaranya ke'nasyatan' kita terbatas.ana sendiri merasa perkara yang sama juga sekarang diuji dengan nikmat masa lapang yang sejauh mana kita memanfaatkannya.Prinsip yang ana genggam erat sebelum ni(mengqararkan tidak ada facebook)terpaksa dileburkan supaya dapat tetap berhubung dengan akhawat ~terus mentajdid niat~

Kenangan bersama akhawat di madinatul hujjaj satu pengalaman yang menarik di bumi barakah tersebut.Bayangkan lepas habis fatrah exam,1 program tarbawi pun tidak dapat dilaksanakn disebabkan muzaharat dan ketika di jeddah kami seakan kehausan pengisian.
Mujur ada ukhti-ukhti yang mewujudkan biah.Walaupun ana sendiri sempat berkongsi pengisian dengan akhawat (Shekh Solah Syahadah),tapi ana tetap x mampu menjadi sehebat beliau yang dimana sahaja syekh solah berada sangat memberi ta'thir kepada akh yang lain.

~mengharapkan kekuatan dan doa yang x putus2 drpd akhawat~