Khamis, 29 September 2011

Jangan Terus Membisu..


Menyelusuri kehidupan sebagai seorang hamba Allah s.w.t sentiasa dihiasi dengan pelbagai cabaran yang berpanjangan. Arus kemajuan dan pembangunan yang semakin pesat seolah-olah mengaburi pandangan fitrah kemanusiaan yang suci.

Majukah kita apabila melihat stastistik kelahiran bayi luar nikah semakin meningkat?

Modenkah kita apabila lahirnya aliran pemikiran yang membawa masyarakat hanyut dengan ideologi yang menggila?

Fenomena keruntuhan tamadun yang jatuh merundum seiring kemajuan ilmiah dan kepesatan sesebuah negara adalah fenomena yang menjadi tanda tanya dan sering dipertikaikan. Kemunduran ini berlaku secara beransur-ansur sehingga boleh membawa kepada kemusnahan total yang mengejutkan dengan kekuatan yang luar biasa.
Golongan kuffar akan berasa sangsi dengan fenomena ini. Tetapi muslim yang meletakkan Islam sebagai neraca pertimbangan mempunyai satu kata putus terhadap fenomena itu. Saidina Umar Al-Khattab meringkaskan segala tafsiran daripada Al-Quran dan sunnah apabila satu soalan dilontarkan kepadanya:

“Adakah sebuah negeri itu hampir musnah padahal ia makmur?”

Beliau lantas menjawab: “Ya, apabila orang-orang jahat menguasai orang-orang baik”

Dan inilah punca utama segala kemusnahan dan menularnya penyakit yang paling merbahaya ini. Terjadi apabila orang zalim atau orang fasik berkuasa dan menjadi pemimpin, lantas melantik mereka yang sama-sama menjadi tawanan hawa nafu sepertinya untuk menaungi negara dan menguruskan beberapa urusan.

KEBISUAN MEREKA YANG LAYAK

Kepentingan peribadi menyebabkan mereka semakin rakus meratah dan mendominasi arus modenisasi sesebuah negara dan lebih menyedihkan pihak-pihak yang mampu membuat kebaikan bersembunyi mencari perlindungan untuk melindungi kehormatan mereka daripada diceroboh dan diseksa.

Maha suci Allah yang memberi penangguhan kepada umat Islam tatkala mereka dikuasai oleh orang jahat untuk memberi peluang kepada mereka melakukan proses pemulihan. Andai mereka yang baik terus membisu juga, maka murka Allah s.wt akan meliputi seluruh mustawa umat. Sama ada mereka yang zalim dengan kekejaman mereka mahupun golongan baik yang berdiam diri dan redha dengan kehinaan.

Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya manusia apabila mereka melihat kemungkaran sedangkan mereka tidak mengubahnya, hampirlah Allah meliputi mereka dengan azab daripadaNya”

NYALAKAN PELITA ISLAM DENGAN SUMBU DAKWAH ITU

Allah s.w.t yang maha penyayang sangat suka sekumpulan hambanya yang baik segera memulihkan keadaan dan menentang golongan yang jahat lalu memandu manusia ke jalan keamanan dan keredhaan. Malah apabila kumpulan itu segera melakukan proses pemulihan itu, Allah menyuruh para malaikat untuk menolong mereka dan menganugerahkan berkat dan taufiq daripada Nya.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-A’raf ayat 165

“Tatkala mereka melupakan apa-apa yang diperingatkan kepada mereka, kami selamatkan orang-orang yang melarang kejahatan dan Kami seksa orang-orang yang zalim dengan azab yang keras, disebabkan mereka fasik”

Umat Islam yang mempunyai hati yang sedar dan hidup pasti mempunyai deria sensitiviti yang tinggi untuk mampu berfikir dan menganalisa bahawa kegagalan, kemunduran yang menimpa muslimin di zaman ini hanyalah suatu permulaan dan amaran terhadap azab yang lebih keras di hadapannya.

Sedar mahupun tidak sedar, perjuangan nafas panjang yang kita yakini, apabila bekalannya adalah tarbiyah yang sempurna dalam segenap aspek ditambah dengan semangat jihad di jalan Allah yang membara sebenarnya mampu menjadi kuasa pembakar penentang pada kezaliman.

Momentum tarbiyah dalam nadi individu muslim inilah yang akhirnya melahirkan satu Jemaah qudwah yang hidup dalam naungan Islam yang agung. Realiti kehidupan membawa kita untuk cuba menanam benih-benih dakwah yang hasilnya akan lahir pohon kukuh bertunjangkan akar akidah yang jitu.

‘KANUN PERSAMAAN’ SEBAGAI PANDUAN DUAT

Ketahuilah, Al-Quran melakar dengan jelas kanun persamaan tersebut. Kanun persamaan yang dimaksudkan di sini adalah sesuatu perbuatan mengambil hukum perbuatan yang serupa dengannya.

Abu Ammar menjelaskan lagi definisi tersebut dengan mengatakan:

“Sesuatu perkara perbandingan itu mengambil hukum perbandingan yang seumpama dengannya dan apa yang terjadi kepada sesuatu, terjadi juga pada perkara yang seumpama dengannya”

Perhatikan ayat-ayat suci Al-Quran berikut :

1. “Tidakkah mereka berjalan di atas muka bumi, lalu memperhatikan bagaimana akibatnya golongan sebelum mereka? Allah telah membinasakan mereka; dan untuk golongan kafir (kebinasaan) yang sama seperti itu” (Muhammad : 10)

2. “Bukanlah semata-mata angan –angan kamu sahaja dan bukan semata-mata angan-angan ahli kitab. Barangsiapa mengerjakan kejahatan, nescaya akan dibalas dengan kejahatan pula”
(An-nisa’ : 123)

Sekiranya seorang muslim memahami ayat-ayat di atas, fahamlah kita bahawa Allah mencela dan memusnahkan golongan kuffar dan perkara tersebut pasti akan berlaku lagi kini buat mereka yang melampaui batas mahupun umat Islam yang hanya menjadikan Islam sebagai topeng menyembunyikan kejahilan tanpa amal soleh dan pembentukan diri mengikut acuan Islam.

Kanun persamaan ini tidak mampu difahami oleh mereka yang mengambil sebahagian manfaat daripada Islam sahaja. Hanya pendakwah di jalan Allah s.w.t sahaja yang mampu melaksanakan tugas untuk meninggikan agama Allah dengan seruan dan larangan tanpa mengenal erti putus asa semata-mata niat ikhlas kerana Allah s.w.t juga haruman Firdausi yang hanya mampu membuat duat tersenyum apabila menghadapi mehnah yang panjang.

Khamis, 8 September 2011

Bidadari Kecil

Assalamulaikum w.r.t Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah dalam segenap perkara. Semoga akhawat terus dengan semangat juang yang tinggi dan meletakkan niat jihad pada jalan Allah sebagai penolak dalam setiap amal yang dilakukan. InsyaAllah, sekadar mengotakan janji untuk berkongsi dengan akhawat sebuah potret "si bidadari kecil" yang mencorak kematiannya di jalan Allah. Bagi akhawat yang tak mengetahui lagi kisahnya, insyaAllah ana akan menceritakan sedikit perkongsian mengenai satu susuk tubuh mujahidah kecil yang menjadi contoh jil izzah, kebanggaan bg ummah.
Berumur 16 tahun ketika melakukan istiyhadiyat dan syahid pada 25.2.2002 Meninggalkan 2 keping surat sebelum kesyahidan beliau. Surat yang pertama khusus untuk rakyat Palestin dan yang kedua buat kawan-kawan dan guru-gurunya di sekolah. Isi surat yang pertama
Bismillahirrahmanirrahim Selawat ke atas baginda rasulullah s.a.w Firman Allah " Bunuhlah musyrikin itu semuanya sepertimana mereka membunuhmu semuanya. Ketahuilah sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertaqwa" Berterusanlah musuh bersikap ganas dengan penuh keangkuhan terhadap masyarakat kita, dan sudah tiba waktunya wahai perampas untuk aku berjumpa denganmu. Dan kamu tidak akan pernah aman di bumi ini wahai bangsa yahudi. Pergilah dari bumi ini, sesungguhnya bumi ini haram untukmu dan dengan izin tuhanku, aku akan menyerbu sang biadab dan sekatan yang dilaknat ini sehingga kalian tahu bahawa kalian tidak akan aman di bumi ini...
Isi surat yang kedua
Sesungguhnya aku wahai teman-temanku yang mulia, mengharap daripada anda semua untuk mengambil perhatian sebaiknya untuk palajaranmu dan hormatilah guru-gurumu kerana mereka juga seperti ibumu. aku juga mengharap kalian apabila sudah berkahwin nanti, maka didiklah anak-anakmu dengan agama dan jihad supaya mereka dapat menghitamkan wajah-wajah si perampas. Untuk akhirnya, doakan agar Allah menerima kesyahidanku dan syahadah semua para syuhada'... Buat guruku, aku sangat menghormati kalian dan tak mampu rasanya untuk aku mempersembahkan rasa hormatku ini. InsyaAllah, syurga buat kalian kerana pengorbanan yang sangat banyak untuk mendidik anak-anak, beyt dan madrasah kalian. Semoga Allah memberi balasan atas semua kebaikan dan jalan keluar. Maafkanku andai pernah menyusahkanmu
Noura Jamal syalhoob mengakhiri kedua-dua surat beliau dengan kalimat yang sangat tegas
Alhamdulillah, Allahu akbar, kemenangan untuk Islam dan muslimin, kehinaan atas kebiadaban perisik yang 'membunuh' para mujahidin dan hidup di bumi ini dengan merdeka
Asifah, ada beberapa ayat yang ana tinggalkan, dan ambillah segala ma'ani penting yang mencetus semangat kita untuk terus ikhlas atas jalan ini, penglibatan kita untuk menolong agama Allah tidak akan mempercepatkan kematian kita dan keselesaan kita untuk tidak bersusah payah atas jalan ini tak pernah akan melambatkan ajal kita. Terima kasih juga atas doa akhawat ana bernasib baik menjejakkan kaki di tahun akhir pengajian walaupun usahanya yang agak kurang. Wallahu a'lam.