Rabu, 31 Mac 2010

Membina Rijal Rabbani

Assalamualaikum...

Kaifa halukum? Semoga berada dalam zon keimanan yang terbaik..

....Riadhah mingguan bersama akhwat adalah waktu yg amat berharga,di situ timbul kebersamaan,semangat berpasukan...ditambah pula pengisian sirah Rasul menjejaki kekasih seusai tamat riadhah adalah peluang untuk sama-sama merasakan hangatnya cinta baginda kepada umat.

Pada hari yang sama juga ana menggunakan masa yang ada untuk menjejakkan kaki di kedai buku kesayangan maktabah i'lam.Selepas mencapai buku-buku fikrah yang perlu dibeli,tiba-tiba ana terlihat buku yang amt menarik tajuknya bagi ana.

"HIFZUL QURAN WA SINA'AH INSAN"

Macam biasa,ana akan mudah tertarik dengan buku2 yang tak lah tebal sangat dan sejak kebelakangan ni juga ana seolah2 x puas2 untuk m'hafal kalam Allah dan mengulang2 hafalan ketika solat tahajjud.Teringat kata2 seorang ukhti

"kalau enti x nak cepat lupa,tasmi'la hafazan enti dengan ALLAH waktu solat nanti.."

Ok,terus masuk pada point..

Kenapa kena hafal quran? Pastu tiap2 minggu kena tasmi' pulak tu...Apa pulak kaitan dengan buku yang ana terpikat tadi?

Itu yang ana akan kongsikan dengan antum..
Jika dilihat pada realiti,berapa ramai huffaz yang menghafaz quran tapi cara hidupnya langsung tidak berpandukan alquran?

Berapa ramai diantara mereka yang berc0uple?

Malah ada yang merokok dan hisap syisya?

Tak perlu bagitahu ana jawapannya...

Semuanya tadi kembali kepada matlamt utama kita m'hafaz quran.



Akhawat,sebenarnya tiada satu pun cara untuk bina kekuatan umat melainkan dengan m'hafaz tetapi yg kita nak bukan hafaz biasa tetapi HIFZUL TARBAWI

Hampir setiap perjalanan kehidupan kita memerlukan hafalan.Nak bemuamalah dengan manusia memerlukan kita m'hafal nama2 mereka,nak menguasai bahasa ajnabi memerlukan kita m'hafal mustolahat(words)dan jangan sesekali kita memandang rendah pada hafalan lebih2 lagi dalam mnghafal alquran.

Apa yang dimaksudkan hifzul tarbawi dan apa kaitannya dengan membina insan?

Terdapat 3 rukun dalam untuk m'hafaz dalam uslub tarbawi:

1) menghafaz lafaz
2) menghafaz makna
3) menghafaz amal

Seandainya kita ihtimam dengan rukun2 menghafaz secara tarbawi ni,maka disitulah akan lahirnya rijal rabbani seperti generasi pertama yang menerima tarbiah Rasulullah s.a.w secara direct.

Mungkin kita sangat mudah untuk hafal lafaz tetapi sejauh mana kita mampu m'tadbiqkan/aplikasi daripada apa yng kita hafal dalam bentuk realiti.jadi kunci untuk bina rijal rabbani terletak pada rukun yang ke 3.

Di dalam buku ini,apa yang penulis ingin kongsikan adalah antaranya apabila kita m'hafal ayat tentang azab Allah,berhenti seketika dan cuba hayati dan bayangkan betapa dasyatnya azab Allah kepada hamba2nya yang engkar.dan apabila sampai ayat2 tentang syurga,rsailah betapa indahnya balasan mereka yng beramal soleh.menjadikan Allah s.w.t sebagai ghayah.

Sangat indah Alquran seandainya ianya dipegang dihati.kalau nak tahu lebih banyak milikilah buku tersebut dan bersungguh2lah dalam menghafaz quran..

Sebagai penutup, ana kongsikan kata2 Ibnu Mas'ud

"Sesungguhnya amat susah untuk kami menghafaz quran dan mudah pula bagi kami untuk mengamalkannya,sesungguhnya akan datang selepas kami mereka yang amat mudah menghafal quran tetapi amat susah untuk beramal dengannya"




Wallahu a'lam

7 ulasan:

  1. ukhti, sangat suka post ini!bila agaknya kita dapat menghafaz 30 juz kan?menghafaz lafaz pun susah apatah lagi menghafaz makna & amal.tak boleh tidak kita kena sama2 mujahadah!doakan ana sentiasa cintakan al-quran ya :)

    BalasPadam
  2. ~Allah,seperti benar sangat apa yang diungkapkan oleh Abdullah bin mas'ud...akan datang (kita) mudah menghafal tidak mudah untuk beramal...

    ana dah berputus asa...sampai ustazah huda tegur,jangan macam tu...

    :)

    doakan ana juga kak Mad!

    BalasPadam
  3. ~nur fatin~
    Smoga Allah memudahkan hafazan kita dan menjadi hamlatul quran semata2 mengejar cinta tuhannya.

    BalasPadam
  4. ~nadhirah a.r~
    mulakan langkah drpd sekarang,sibukkan diri bersama quran..kerana alquran lah manhaj perubahan yg hakiki...doakan k.mad selalu jg nad

    BalasPadam
  5. :))

    terharu sgt bc, smpi x tahu nk kata apa.
    bestnye jln trbyyh ni, lbh2 lg bl melihat akhw yg 'mude2' ni makin hari makin matang dan berani, makin menjiwai erti menjd daie :)

    barakallhu fiikum~
    slm buat akhw zin.
    -k.susi

    BalasPadam
  6. k.susi...
    apa khabar?camne walimah..
    doakan ana di simi selalu...
    uhibbuki fillah

    BalasPadam
  7. wah..
    adakah apabila kita menghafal al-quran..kite dipermudahkan untuk mengafal perkara-perkara lain.contohnya,study...?

    and setakat ni,bile kite tadabbur al-quran surah yg ke-39 (az-zumar)..barulah kite tahu betapa Allah sayangkan hambaNya dengan menurunkan al-quran sebagai peringatan tetapi masih ada yang mengabaikan al-quran..

    subhanallah..
    moga kita semua berada dikalangan hambaNya yang sedar akan peringatanNya..amiin

    BalasPadam