Bismillahirahmanirrahim
...Kau sentiasa bersama kami Ya Allah...
Apabila kau mulia dengan Islam,dikau telah memiliki harga diri dan jangan sedih wahai saudaraku.Jadilah seperti Khubayb bin 'Adi yang diseksa oleh tangan2 kotor musyrikin dan manusia memandangnya hina,tapi dengan iman yang sedang dipertahankan, beliau menjadi qudwah kepada Said bin Amir Aljumahi lantas mendapat semangat dan memeluk islam.
Imam syahid Hasan Al-Banna dibunuh dan disambut dengan sorakan kegembiraan daripada kuffar,kau sangka manusia akan membencinya tetapi beliau menjadi qudwah kepada Syed Qutb lantas sedar bahawa pasti ada nilai yang berharga yang dibawa oleh Imam Syahid lalu terus menggabungkan diri dan thabat hingga keakhirnya.
"Dan janganlah kamu mengtakan orang2 yang terbunuh dijalan
Allah telah mati.Sebenarnya mereka hidup tetapi kamu
tidak menyedarinya" (Albaqarah 154)
Seandainya tarbiah ini tidak mengajarku hakikat,mehnah perjuangan pasti mudah saja mulutku mengeluarkan kata umpatan cacian terhadap mereka yang dengki.
Seandainya hatiku tidak disiram dengan "keajaiban hati" dan sifat2 yang menjadi pintu syaitan untuk memasukinya,pasti mudah saja aku berburuk sangka terhadap akh yang lain dan sejauh mana jalan ini mampu memberikan harapan..Tetapi,tersemat dalam hatiku kalam2Mu ya Allah..Ya,yang aku dapat dalam tarbiah itu,perjuangan Saidina Nuh, kejijikan hati munafikin (yang takut pd muslim lebih daripada Allah s.w.t yang menciptakan)
Jika bukan jalan tarbiah ini yang aku temui,pasti mudah saja air mata ini mengalir kerana ditinggalkan kekasih atau tersingkirnya artis2 dalam program realiti tv,
Tapi atas nikmat tarbiah yang Allah kurniakan,aku dididik mendalami seerah dan keperitan Rasulullah s.a.w membawa umat kepada cahaya, air mata pasti mengalir melihat kejahilan umat tanpa baginda disisi..
Psti juga mata ini bergenang mendengar akh2 yang sama2 dalam perjuangan diuji.
Menangis kerana terlalu cintakan Allah dan mengharapkan cinta berbalas dan kalimahNya yang paling tinggi telah diangkat.
Jangan kau kira dirimu hina, sesungguhnya dengan islam kau diuji dan merebut 2 kebaikan (hidup mulia atau mati syahid).Kau juga menjadi qudwah kepada kami dalam merealisasikan keyakinan kami pada jalan ini.
Terimalah bait2 nasyid AL-HIDA' yang telah diterjemah ini dan bertahanlah..
jangan kau mengira malam kan selamanya
fajar hampir saja menjelang
kejahatan org2 zalim itu kan segera hilang
dan segala bentuk angkara murka pasti hancur
sedangkan seruan kebenaran kan meninggi di dunia ini
wahai tentera Allah bersabarlah
sesungguhnya setelah kesulitan pasti datang kemudahan
jangan kau sangka penjara itu mampu membelenggu
boleh jadi penjara menjadi pengantar menuju kemenangan
maka bersiaplah suara kalian akan meninggi ke angkasa
Wallahu 'alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan