Bismillahirrahmanirrahim
...SEMBAHLAH ALLAH,SEKALI-KALI TIADA TUHAN BAGIMU SELAINNYA...Al a'raf
Imam Ahmad ketika ditanya bilakah seseorang hamba itu boleh berehat? Beliau menjawab, saat kaki melangkah ke syurga.
Bagaimana syurga dalam pandangan kita?
Tempat yang dipenuhi nikmat,yang tidak pernah terbayang di mata,tidak pernah terlintas dihati,sungai berbagai rasa,mata air dan yang pasti yang paling diimpikan pemuda...BIDADARI...
Kadang-kadang kedengaran suara-suara nakal akhawat:
"bestnye,lelaki yang baik Allah janjikan bidadari,tp kalau wanita yang baik,agaknya ada x Allah sediakan bidadara ke,atau lelaki yang kacak"
Emm..Kedengaran seperti lucu,tapi subhanallah,Allah s.w.t Yang Maha Memiliki Keagungan telah menyusun kehidupan manusia dengan sebaiknya.
Lelaki pada fitrahnya,kecenderungan mereka lebih kepada wanita,maka Allah janjikan kepada mereka bidadari yang indah matanya malah tidak meliar,penuh cinta,sebaya dan sentiasa perawan.
Mahasuci Allah yang tidak pernah pula menafikan fitrah wanita...
Ka'san dihaqoo (gelas yang penuh berisi minuman yang tersedia), bantal2 yang tersusun,permaidani2 yang terhampar,sutera yang halus yang tebal...
Bukankah ini semua kecenderungan wanita? contoh yang terdekat ibu-ibu kita,nampak 1 set pinggan mangkuk yang cantik mesti nak beli tp yang kelakarnya hanya guna setahun sekali sahaja malah selalunya jd perhiasan di almari.
Sehebat mana pun nikmat yang manusia miliki di dunia,sudah pasti di syurga lebih2 lagi keistimewaannya.
Tapi persoalannya,adakah syurga dengan mudah saja dapat dimasuki oleh manusia?
Sudah tentu tidak...Keindahan,keasyikan,keseronokan syurga yang kita melangkah untuknya perlukan imbalan.
Ada nilai yang perlu kita bayar..
Ada jiwa yng perlu kita korbankan..
Ada harta yang perlu kita infaqkan..
Ada masa depan yang perlu kita gadaikan untuk maslahat dakwah..
Semuanya pahit,perit malah menyesakkan.
Lihat saja kisah pemuda2 kahfi,dengan cinta kepada Allah yang sangat mendalam, lantang menyatakan kebenaran.Bukan mudah hidup di zaman yang segalanya berkiblatkan taghut,berhadapan pula dengan Raja dikyanus yang zalim dan kejam.
"dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata,'tuhan kami adalah tuhan langit dan bumi,kami tidak menyeru tuhan selain Dia.sungguh,kalau kami berbuat demikian,tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh daripada kebenaran" Alkahfi-14
Semuanya memerlukan jiwa yang besar untuk syurga yang diimpikan.
Lihat pula impian Abdullah bin Jahsyh..saat sebelum kesyahidan beliau dalam peperangan uhud...
"impianku untuk berjumpa musuh yang kuat,kami berlawan dan aku berjaya menewaskannya.
Kemudian aku berjumpa pula dengan musuh yang lebih kuat,kami berlawan dan dia berjaya membunuhku,lalu membelah perutku,memotong hidung dan telingaku.Apabila aku bertemu dengan tuhanku pada hari kiamat dan ditanya "ya Abdullah,kenapa begini?..Aku akan menjawab keranaMu ya Allah"
Akhirnya beliau syahid dalam keadaan apa yang beliau impikan.
Betapa jelasnya prinsip mereka dalam mengejar syurga yang kekal,impian untuk syahid adalah nilai yang perlu dibayar.
Syekh Ahmad Yaseen,Dr Abdul Aziz Rantisi juga telah mengorbankan jiwa mereka,imbalan untuk syurga.
Imam Syahid Hasan Al Banna,selepas percubaan membunuh beliau berjaya digagalkan, Farag Nagar sahabat beliau mengatakan kuffar mahu menghapuskannnya.lalu imam Syahid berkata "aku sudah bersedia bertemu dengan tuhanku"
"Sesungguhnya Allah membeli drpd org2 mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka,mereka berperang di jalan Allah,sehingga mereka membunuh dan terbunuh,sebagai jani yang benar drpd Allah di dlm Taurat,Injil dan Alquran.Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? maka bergembiralahdengan jualbeli yang telah kamu lakukan itu,dan demikian itulah kemenangan yang agung" Attaubah-111
Perhatikan akad transaksi yang berlaku dalam ayat ini:
PEMBELI = AKRAMAL AKRAMIN (ALLAH)
PENJUAL = MUKMININ
BARANG JUALAN = DIRI DAN HARTA
JENIS BARANG = TOYYIBAH(KEBAIKAN) Rasulullah bersabda."sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima melainkan dengan kebaikan
HARGA = SYURGA
Adakah sama mukmin yang berjuang dengan mereka yang tidak berjuang.Tidak layak rasanya untuk menulis tentang ini,tetapi itulah hakikat sebagai peringatan untuk diri sendiri.Mereka yang taazzur beza nilainya di sisi Allah.
Menafkahkan diri,harta untuk mendapat ganjaran yang kekal (syurga) sentiasa beriringan kerana itulah jual beli kita dengan Allah s.w.t
"ketahuilah,sesungguhnya infaq itu satu jalan bagi mereka untuk mendekatkankan diri (kpd Allah) kelak Allah kan memasukkan mereka ke dalam rahmat(syurga)Nya.Sesungguhnya Allah Maha Pengmpun,Maha Penyayang"
Untuk akhirnya,Allah mengungkapkan....
"Kamu tidak memperoleh kebajikan,sebelum kamu menginfaqkan sebahagian harta yang kamu cintai"
Adakah ada sebaik2 kebajikan selain syurga?
Wallahu A'lam.
Huhu malu je diri dan harta tu pun Allah yg badi pastu Allah yg nak beli.. Semoga kita tergolong dlm org2 yg menjual diri dan harta kepada Allah.
BalasPadamkak madihah, kak sarah cakap badi=sebenarnye bagi..hehe..sekian terima kasih...
BalasPadamsarah : betul2..wain ta'uddu nikmatallahi la tuhsuuha
BalasPadamzaiha ker? : sama2..hehe..rindu kat akhawat ain jalut..kim salam sume.
wa..rindu sangat kat akhwt ain jalut
BalasPadam