Isnin, 21 Jun 2010

Tadabbur Kalam Pencipta

P.E.R.H.A.T.I.A.N!!!

post kali ini memerlukan Al Quran berada di sisi anda

Assalamualaikum w.b.t

Kaifa halukum?Semoga di dalam zon ketaqwaan yang paling baik..

Fatrah imtihan hampir melabuhkan tirainya,dengar citer macam2 plan akhawat.

Ada akhawat yang sudah men'list'kan perancangan kat kasykul(buku tulis) sampai 2 muka surat lebih beserta tarikh (k.fiza jangan marah)

Ada juga yang akan pergi menunaikan umrah.Mabruk..sampaikan salam ana kpd Rasulullah s.a.w (tak sangka sudah hampir setahun bumi barakah itu ana bersama keluarga tinggalkan)

Em,taklifat yang menanti pun tak kurang banyaknya(PMPI..fuh..)
Semoga Allah s.w.t memberikan keberkatan masa untuk menjadi hambaNya yang terbaik sepanjang soifi di bumi anbia' ini..Ameenn



Apakah yang dimaksudkan dengan TADABBUR AlQuran?

Ianya bermaksud berfikir dan meneliti setiap ayt2 alQuran semata2 untuk mendapatkan kefahaman,kesedaran dalam ma'ani2 dan hukum di dalamnya.

TADABBUR yang diikat dengan amalan adalah buah kepada tadabbur alQuran tersebut.
Seperti kata2 Hasan Bin Ali "pembacaan alQuran akan mencegahmu(daripada membuat perkara2 yang dilarang) jika dengan bacaan tersebut tidak mampu untuk mencegahmu,maka kamu bukan membaca alQuran"

Hasan Al Basri pula menyebut "bukanlah tadabbur ayat melainkan dengan mengikutnya(beramal dengannya)"

Kebanyakan umat islam merasa susah untuk memahami alQuran selepas tadabbur dan berfikir dengannya.Ini merupakan satu kefahaman yang salah,malah ianya boleh menyebabkan ghayah(tujuan) penurunan alQuran itu tersasar.

Cuba kita fikirkan,alQuran adalah KITAB tarbiah dan ta'lim,KITAB hidayah untuk semua manusia,KITAB rahmat dan berita gembira kpd semua umat islam yang beriman, KITAB yang telah dimudahkan Allah untuk kita faham dan tadabbur dengannya. Seperti firmanNya Dan sungguh,telah kami mudahkan alQuran untuk peringatan,maka adakah orang yang mahu mengambil peringatan?
Jelas di sini menunjukkan tidak mungkin melalui TADABBUR ini kita merasa dhoyyiq(sempit) dengannya.

Ibnu Qayyim berkata "sesiapa yang berkata pentafsiran alquran tidak dapat memberi kefahaman dan pengetahuan malah pembacaan alQuran itu membuat mereka terasa jauh daripada lafaznya,sesungguhnya pd hati mereka ada kesulitan"

Thoyyib,sekarang sudah tiba masanya untuk kita mengetahui apakah alamat tadabbur.
Bersedia dengan alQuran di sisi antum (ahsan alQuran yang ada terjemahan) untuk lebih merasai kemesraan bersama alQuran..ana sebutkan surah dan ayatnya dan hayatilah maknanya..

1. surah Al Maidah ayat 83

2. surah Al Anfal ayat 2

3. surah AtTaubah ayat 124

4. surah Al Isra' ayat 107-109

5. surah Maryam ayat 58

6. surah Al Furqan ayat 73

7. surah Al Qosos ayat 53

8. surah AzZumar ayat 23

Selepas MENGHAYATI ayat2 tadi,terhasil daripadanya 7 ALAMAT mereka yang benar2 mentadabbur alQuran:

1. Ijtima'(berkumpulnya) hati dan fikiran ketika membaca menunjukkan ketakjuban dan kemuliaan alQuran tersebut

2. Menangis kerana takutkan Allah s.w.t

3. Menambah kekhusyukan

4. Menambah keimanan

5. Berasa gembira

6. Merasai getaran ketakutan daripada Allah lalu Allah memberikannya ketenangan

7. Sujud mengagungkan Allah s.w.t

Nah..sekarang lihat pd diri kita..

Adakah ada alamat2 ini ketika kita menTADABBUR ayatNya?

Seandainya wujud 1 atau lebih alamat2 ini dalam jiwa kita maka sampailah kita kpd makna TADABBUR dan TAFAKUR tersebut.
Adapun tiada 1 pun alamat ini dalam sanubari kita (nauzubillah) menunjukkan jauhnya kita pada hakikat TADABBUR.

Akhir kalam, ana memetik kata Asma' binti Abi Bakr,beliau berkata "sahabat2 nabi s.a.w apabila dibacakan kepada mereka ayat2 Allah, pasti airmata mereka mengalir dan bergetarlah kulit2 mereka"

Wallahu a'lam

rujukan
kitab mafatih tadabburul quran wannajah fil hayah
Dr.Khalid bin Abdul Karim

1 ulasan: