Sabtu, 25 September 2010

Tamparan Tarbiyah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,bersyukur pd Allah aku masih dalam tarbiyah dan hanya kepada Allah kita berdoa moga terus bersama dlm jalan ini hingga akhirnya melangkah ke syurga firdausi menemuiNya dan rasul tercinta insyaAllah.

Hari ini aku ketepikan seketika buku yang perlu di baca.Rindu untuk menulis,rindu untuk berkongsi sesuatu dengan pembaca.Pastinya mengenai kemanisan tarbiyah.

"kite dulu masa mula2 dtg,kakak2 selalu ajak peg ziarah,masa tu pegi pun sebab terpaksa.Rupanya sekarang baru tau nape kakak2 wat mcm tu,semuanya sebab tarbiyah"

"ana dulu msg je ngan budak lelaki,tp duduk ngan akhawat,kenal tarbiyah..ana jd malu sendiri pastu terus deleta no kwn2 lelaki dan x contact langsung"

Ini diantara luahan2 akhawat yang sudah berada dlm tarbiyah hampir 2 atau 3 tahun.
Aku sendiri suka buka topik tentang bagaimana kita "semalam" dan bandingkan dengan "hari ini"

Bagi aku, bumi mesir adalah segala-galanya..kefahaman,biah solehah,semuanya bermula di sini bersama akhawat(ISMA).Tiga tahun lepas,saat aku bg tau mualim Razmi nak ikut trip percuma ke Mesir,muka mualim berubah

"kalau enti kuat xpe,tapi mualim x nak dah sampai sana tp x ikut tarbiah"

Tak faham langsung mula2,tp aku ikut jer kata mualim..dengan beralasankan nak peg mesir ngan kawan-kawan,ayah pun mengizinkan dan duit yang dibelanjakan bukanlah sedikit.

Akhirnya apabila sampai di Mesir,kenikmatannya dirasai selepas setahun,dua tahun dan akhirnya basah dengan tarbiah.

Terima kasih mualim,inilah rupanya kemanisan tarbiyah yang mualim rasa dan nak aku juga merasainya,terima kasih juga kepada mak dan ayah yang tak pernah putus mendoakan.Tidak ternilai rasanya tarbiah yang aku rasa jika dibandingkan kesusahan yang sedikit dirasai pd permulaan.

Bila bersembang dengan akhawat,akan ade je titisan air mata.paling kurang pun mata mesti bergenang..semuanya sebab kesyukuran kpd Allah kerana memilih atau menyelamatkan kita lalu memudahkan kita memahami apakah tujuan hidup kita di atas muka bumi,perbualan kembali santai apabila isu bait muslim dibangkitkan(tanpa berlebihan)

"ana tak tau apa yang kan jadi kat ana kalau x kahwin dengan ikhwah"
"em.penting sebenarnya pilih ikhwah yang faham untuk terus thabat atas jalan ini"

Dan inilah kemuncaknya..tasawwur kita pada dakwah dan tarbiyah yang kita imani adalah untuk memikirkan apa sahaja yang akan bersama kita adalah kerana maslahat dakwah.Individu muslim,suami dan anak2,pekerjaan semuanya dalam acuan dakwah.

Tapi bukanlah semuanya ada kisah "semalam"..bg aku secara peribadi melihat akhawat yang ada sejarah "semalam",cara mereka layan mad'u berbeza dengan akhwat yang memng dapat tarbiyah dari kecil..teguran mereka lebih diterima mad'u mungkin sebab cara teguran yang tak nampak sydid tapi memberi kesan..tetapi,subhanallah..semuanya ada kelebihan masing..akhwat semuanya istimewa di mata aku.

Untuk akhirnya..ikhlaskan niat supaya tarbiah ini tidak sia2 dan berdoalah selalu semoga kita terus thabat atas jalan ini..

wallahu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan