Selasa, 30 November 2010

satu hati



Assalamualaikum
kaifa halukum? bagaimana sinaran iman kita pada hari ini? adakah terang gemilang seperti matahari atau malap seperti lampu yang perlu ditukar mentolnya?
Alhamdulillah,ini adalah post pertama di rumah baru yang sudah empat bulan didiami dan kesyukuran hanya layak untukNya atas nikmat islam,iman,tarbiah dan masa.Masa yang sangat terlalu tidak mencukupi untuk sempurnakan setiap wajibat, buku-buku yang perlu "tahdir jayyid",beberapa kitab kuliah yang sebahagiannya masih suci bersih, belum dinodai dengan highlight dan pen.Selalu mengimpikan agar esok ada' kita untuk Allah lebih baik tapi wallahu a'lam.Semoga niat yang murni juga menjadi pemberat mizan hasanah di akhirat kelak.

Sebenarnya, semakin banyak kefahaman,semakin besar pula amanah yang perlu dipikul dan disampaikan.Belum dikira pula dengan kekurangan yang sering para duat lakukan. Kekurangan dalam membahagi masa untuk Allah,untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk dakwah dan mad'u.Semakin banyak yang kita tahu,semakin kuat juga hujah yang Allah s.w.t akan tanya pada hambaNya.

Beberapa siri liqo' imaniyyah yang dilalui alhamdulillah begitu menguatkan dan sangat2 menjadi bekalan untuk terus mengorak langkah atas jalan yang lurus ini.
Qodiyyah ikhlas merupakan perkara yang begitu ditekankan biarpun di marhalah mana kita berada.Permulaan amal yang biasa2 perlukan niat yang ikhlas agar semuanya dilakukan atas dasar ubudiyyah kepada Allah dan membezakan antara kebiasaan atau ibadat.

Meningkat pula kepada amal yang lebih besar juga memerlukan ikhlas.Seperti yang diserukan oleh panglima perang Khalid Al Walid ketika perang yarmuk
"Sesungguhnya hari ini adalah di antara hari2 Allah,tidak layak diisi dengan berbangga dan angkuh.Ikhlaskan jihadmu dan tujulah Allah dengan amalmu,kerana hari ini menentukan hari yang akan datang"

Dan akhirnya,penentuan sama ada syurga atau neraka juga hasil daripada niat yang murni atau hati yang ikhlas.Rasulullah bersabda "tidak masuk syurga sesiapa yang di dalam hatinya sebesar zarah daripada kibr/riak.

Wahai duat,murnikan niatmu untuk jalan yang suci ini,perjalanan ini adalah perjalanan hati,perjalanan ke arah syurga yang abadi.Perhatikan amalmu,adakah niatmu untuk menyuburkan iman yang layu atau tenagamu untuk meragukan orang2 disekelilingmu. Ketahuilah segala sesuatu yang tidak dimaksudkan untuk mengharap redha allah,pasti akn punah.Kata2 yang kita bicarakan dengan niat2 yang tersembunyi,niat untuk mencapai kejayaan secara singkat mesti dijauhkan.Pandanglah kesucian dakwah ini dengan pandangan Kholiq yang memberi ganjaran.

Semoga kita ditempatkan dikalangan mereka yang beramal dan merindukan syahid di jalanNya..Ameen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan