Andai esok kita berjumpa
pasti diriMu tidak mengenaliku
kerana aku insan biasa
yang hanya tahu mengharap cinta
Andai esok kita berjumpa
pasti diriMu hambar menyambutku
kerana amalku amal biasa
tiada apa yang istimewa
Andai esok kita bersua
tidak tahu sejauh mana tempatku dihatiMu
adakah hanya diriku merinduiMu
tapi aku yakin,jiwaku ada di sisiMu
Ya Allah
pasti cintaMu yang menang di hatiku
itu janjiku
maafkan andai sering mengabaikanmu
aku cuba jadi yang terbaik
kerana aku menantikan PERTEMUAN indah denganMu
insyaAllah, memang selayaknya cinta pencipta yang sepatutnya menang dihati kita berbanding makhluknya..
BalasPadam