Khamis, 10 Mac 2011
Wasilah Ke Syurga
Bismillahirrahmanirrahim
"Berilah peringatan,sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang beriman"
Penulis yang hebat adalah penulis yang melalui penulisannya mampu menyentuh hati-hati manusia yang membacanya.Bila ana berfikir, masa yang lapang bukanlah faktor utama untuk penulis meligatkan tulisannya.Kenapa?
Kerana untuk menghasilkan tulisan yang memberi kesan kepada pembaca, mestilah penulis tersebut dalam keadaaan benar-benar menjiwai isu yang ingin disampaikan dan penulisannya lahir daripada hati yang ikhlas kerana Allah s.w.t dan semata-mata untuk manfaat pembaca(masyarakat ikhwah atau akhawat)
Contohnya pengisian yang kita nak sampaikan adalah mengenai perjuangan.Mesej perjuangan tidak akan sampai pada hati manusia jika kita sendiri bukanlah pejuang yang tegar.Contoh lain,kita nak menulis tentang 'kelazatan qiamullail'.Penulisan kita tidak mampu membangkitkan semangat pembaca untuk bangun malam jika penulis sendiri tidak melakukan tahajjud dan penulisannya boleh menjadi perkara yang sia-sia.
Jadi,penulis yang menggunakan hatinya ketika menulis, akan mendapati pembaca yang menggunakan hatinya untuk membaca.Menarik kan?
Perkara ni sebenarnya ana rasa sendiri, masa lapang yang Allah bagi masih bukan peluang untuk kita gunakan semaksimum mungkin untuk penulisan.Tapi jika kita sibuk dengan kuliah,study,usrah,mabit,adakalanya perasaan untuk menulis tu membuak-buak sebab kita nak share sesuatu yang kita dapat untuk manfaat bersama.
Dalam satu hadis, seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata "Wahai Rasulullah,berilah aku wasiat".
Baginda bertanya "Sungguhkah kau meminta wasiat?"
Lelaki itu berkata "ya".
Maka Rasulullah s.a.w berkata "Jika kau bermaksud pada sesuatu,hendaklah kau fikirkan apakah akibatnya.Jika baik teruskan,jika tidak maka hendaklah kau hentikan saja"
Berapa banyak pula penulisan yang ter'cipta' daripada emosi penulis,perasaan hasad yang langsung tidak mendatangkan amal malah melalui penulisannya menyebabkan sesuatu kelompok membenci kelompok yang lain?
Perkara ini sangatlah penting untuk kita ambil perhatian, arus kemajuan teknologi adalah salah satu nikmat yang Allah anugerahkan kepada orang yang beriman untuk mereka menjadikannya sebagai tali untuk memaut redhaNya.
Dikatakan,Allah memberi wahyu kepada Musa as
"sesiapa yang mati telah bertaubat daripada ghibah,dia adalah orang yang terakhir masuk syurga dan sesiapa yang mati membiasakan ghibah,dia adalah orang yang pertama masuk neraka" (ana petik daripada kitab mukasyafah alqulub karangan Imam Ghazali)
Baginda bersabda "Sesiapa yang memburukkan orang muslim dengan satu kalimat tanpa kebenaran, Allah akan memburukkannya di neraka pada hari kiamat kelak"
Dalam surah At-Tahrim Allah menyebut;
"Lalu keduanya berkhianat kepada suaminya(membuat fitnah),maka suami keduanya tidak dapat mempertahankan mereka dari seksa Allah sedikitpun"
Akhirnya,jadikan blog/penulisan kita salah satu taman dari taman-taman syurga (dihiasi dengan mekarnya kecintaan kita pada Allah s.w.t dan agamaNya) dan jauhilah blog/penulisan kita daripada menjadi salah satu lubang dari lubang-lubang neraka (memecahbelahkan,menfitnah)
Wallahu A'lam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan