Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah,setinggi kesyukuran dirafaqkan pada Allah s.w.t,kuasa atas setiap nikmat dan rahmat yang tidak jemu Allah memberinya.Perasaan cinta kepada Allah membuatkan ana bersemangat untuk berkongsi sesuatu kepada pembaca.semoga dengan niat mencapai redhaNya insyaAllah.
Nampak seperti ana nak memperkatakan mengenai baitul muslim kan?
Tapi sebenarnya tidak sebab ana masih belum layak untuk memperkatakannya.
Beyt idaman adalah suasana rumah yang ingin kita corak biahnya bersama ukhti-ukhti kita khususnya. Nikmat berukhuwah juga adalah anugerah indah.
Walaupun adakalanya ada ukhti yang merungut:
“ana rasa ana je yang selalu kemas umah,ahli beit ana mcm x kesah je kalau umah bersepah”
“ana rasa ahli beit ana macam dah tak sayang ana”
Bila ada ukhti yang mengadu tentang perkara ni.Prinsip mudah yang ana suka kongsi bersama akhawat adalah MELETAKKAN APA YANG ALLAH SUKA DI DEPAN.
Ganjaran yang Allah akan bagi tu menyebabkan kita lebih berlapang dada dan seronok untuk melakukan kebaikan.
Bayangkan dengan program yang padat,niat di hati nak balik rumah berehat dengan tenang.Rupa-rupanya balik-balik tengok dapur pula bersepah.Tak perlu nak tarik muka masam dengan ahli beit, sepatutnya kita memahami dan pandang dalam sudut yang positif.Bila kita tahu Allah suka pada kebersihan,pasti sebelum kita letakkan kepala di bantal,kita akan pastikan lantai dapur dan pinggan mangkuk dibersihkan dulu.Hati pun seronok sebab dapat berkhidmat untuk ahli beit walaupun tak bersama mereka sepanjang hari.
Begitu juga dalam mewujudkan kehangatan ibadah kepada Allah s.w.t.
Tak salah rasanya kita mengejutkan ukhti kita untuk bersama-sama bangun malam.
“ana bukan ape,dia macam penat je,ganggu pula kejut nanti”
Tapi kita kalau boleh nak juga ukhti merasai ketenangan munajat kepadaNya dan Allah s.w.t pasti suka dan cinta kita lebih bila ukhti kita dapat bangun malam dan kitalah asbabnya.Ana dapat rasa mesti ada akhawat yang kekok untuk kejut ukhti bertahajjud sebab tahajjud benda yang sunat,lain lah kalau subuh tu kita akan pastikan ahli beit bangun berjemaah.
Percayalah,sekali kita buat,satu ketenangan perasaan Allah akan berikan.
Dengan menggunakan suara dan sentuhan yang paling lembut kita kejutkan ukhti kita bertahajjud. Pasti ukhti kita rasa seronok,sebab selain dapat berkhalwat dengan Allah,dia juga dapat peratus lebih untuk mutabaah amal dalam usrah.
Em,tapi jika ukhti kita tak bangun juga,cuba dengar katanya sebelum ke kuliah
“akak,sori tak bangun pagi tadi,kita x jalan kalau org kejut lembut sangat,akak kejut je kita ganas2”
Ha..masa tu lah kita ambil peluang esoknya untuk kejut cara yang lebih tegas lagi.
Beyt idaman juga tidak akan berlaku jika ahli beitnya sentiasa ingin menuntut hak berbanding menjalankan peranan.Masing-masing hanya ingin menerima tapi lokek memberi.
Apabila kita memikirkan keadaan win-lose (kita menang,dia kalah),maka semuanya akan berakhir dengan lose-lose.Sama-sama rugi,sama-sama tidak mendapat hak sebab masing-masing mengabaikan peranan.Sebaliknya fikirkan keadaan win-win,insyaAllah masing-masing akan mendapat haknya.
Cubalah sedaya-upaya untuk memberikan hak ukhwah kepada ahli beit kita mahupun ukhti-ukhti yang lain.
Masalah hati salah satu isu yang selalu juga timbul.
“ukhti ni asyik dia je yang betul”
“ana rasa ukhti ni saje je nak kenakan ana”
Akhawat,wanita yang ditarbiyah adalah wanita yang sentiasa mahukan yang terbaik dalam kehidupannya,nilai ukhwahnya dan setiap amalnya.Anggaplah setiap teguran ukhti sebagai pesanan untuk kebaikan diri kita sendiri.
Ukhti mutazawwijah ada berpesan
“kalau masa bujang ni pun ada masalah hati,nanti dah kahwin lagi susah.Ingat senang ke nak hidup bersama dan bertahamul dengan pasangan yang lain jantina”
Macam tu lah,sedikit perkongsian yang tak seberapa.Tegur ana jika ada taqsir dalam melakukan hak-hak ukhwah.
Sebelum menutup,mabruk diucapkan buat ukhti yang yang sudah atau akan melangkah ke Baitul Muslim, satu anugerah yang tak ternilai juga apabila dapat meneruskan perjuangan bersama akh yang mendapat nikmat seperti kita malah lebih lagi.
Ucapan ana:
“Permulaan atas nama Allah,maka jalannya nanti akan dipandu oleh Allah,sentiasa mensohihkan niat,niat untuk mendapat redhaNya,syurga,sayap kiri perjuangan suami,isteri kedua kepadanya(dakwah isteri pertama),jangan mengharapkan kesempurnaan pada suami sebab kita sendiri yang akan menyempurnakannya untuk dia manjadi sempurna di hadapan Allah,madrasah untuk generasi harapan yang bakal dilahirkan.Ameenn..
Wallahu A’lam
perkongsian dari apa yang ditulis ustaz halim... http://inijalanku.wordpress.com/2010/12/11/bait-muslim-qudwah-di-luar-negara/
BalasPadamNoor Husna Abu Khair~jazakillah,bersyukurlah jika dapat membantu dakwah melalui beyt muslim di luar negara
BalasPadamAkhawat~jazakunnallah sebab 'like' dan komen di fb.Syeikh Ibn Ata'illah ada menyebut "Sesiapa yang memujimu maka ketahuilah bahawa segala pujian itu berlaku adalah kerana pandainya Allah s.w.t menyembunyikan keburukanmu.Maka kembalikanlah pujian itu kpd Zat yang telah mentutup aibmu,bukannya pada yang memujimu"
~suka komen raihan (Beyt Idaman~^^ sejuk je bila masuk)...ape lagi yang ditunggu raihan,cepat2 masuk umah akhwat.. :)
saya terkesan.T_T
BalasPadamrupanya ade jwpn utk sy di sini.
nice~
BalasPadammoga Allah permudahkan niat yang baik ye kak.. =)
zmn bujang ni lah nak didik diri blajar bnyk prkara. pngalaman. bila yakin tanggungjwb tu adalah amanah, pasti terasa ringan utk melaksanakan. Allahu a'lam.