Jumaat, 22 Julai 2011

Shahrul Quwwah



Assalamualaikum w.r.t

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang tak pernah kering.
Nikmat dan rezeki yang sentiasa mengalir untuk hambaNya.

Jika dulu, cuti selepas exam adalah waktu yang sangat dinanti-nanti. Tidak sabar nak berziarah akhawat di muhafazah dan banyak aktiviti-aktiviti lain yang menyeronokkan.

Tapi kini, perasaan bercampur baur antara gembira dan gerun.
Gembira dapat melajukan lagi perjalanan tarbawi yang mungkin agak perlahan di musim imtihan.

Gerun apabila memikirkan tanggungjawab dan amanah yang setia menanti, takut jika ada' kurang sempurna dan akibatnya kemenangan Islam lambat tercapai.

Tapi, alhamdulillah..
sangat bersyukur apabila hidup bersama akhawat yang sentiasa memberikan semangat, wajah yang ikhlas menjernihkan keadaan sedia melengkapkan kekurangan, memberi tunjuk ajar untuk mematangkan.

Diri juga kembali bersemangat bila memikirkan kehadiran tetamu agung yang sangat istimewa. Hadiah daripada Allah untuk hambaNya yang beriman dan yang tak jemu menyucikan diri.

Ramadhan merupakan madrasah untuk kita bersama-sama membentuk peribadi muslim yang rabbani, melahirkan umat yang paling bertaqwa.

Ramadhan : Masa untuk menguatkan ruh

Ramadhan : Masa untuk memperteguhkan jati diri, juga menyempurnakan akhlak


Ramadahan : Masa menguatkan jasad

Kenapa perlu rasa lemah di bulan Ramadhan?
Bukankah kemenangan muslimin di perang Badar mengalahkan kuffar semuanya terjadi di bulan yang sangat agung ini?
Bukankah Ramadhan juga melahirkan sahabat yang mampu berjuang meneruskan amal dakwah, bahkan lebih laju lagi..

InsyaAllah, masih belum terlambat untuk kita berazam menjadi hamba yang rabbani, natijah dari tarbiyah Ramadhan kareem.

Wallahu a'lam

1 ulasan:

  1. Moga hadirnya tetamu agung ini menguatkan ruh dan jasad kita.

    Selamat menjadi tetamu rumah Allah.

    BalasPadam