Jumaat, 8 April 2011

Zikrayaat Cinta



Hubbullah yang sering kita ungkapkan memerlukan daripada hambaNya pembuktian yang cukup kuat.

"adakah kita benar-benar meletakkan cinta Allah disetiap amal kita"
"sejauh manakah kefahaman kita terhadap kalimat hubbullah tersebut"

Dan semuanya ini tidak akan terbukti melainkan dengan helaian-helaian ujian Allah terhadap hambaNya yang terpilih.

Ujian yang datang sepatutnya menguatkan cinta kita kepada Allah
Cabaran yang menjenguk itulah peningkatan darjat kita di hadapan Allah.
Dan pada masa itulah,iman kita akan sangat bertambah dan jatuh cinta kepada Allah s.w.t semakin memuncak.

tak senang rasanya, andai waktu solat tiba tapi kita masih belum siap sedia menyembahNya..

Hati mula resah andai tidak menyebut asmaNya

Ternanti-nanti saat-saat Allah sangat dekat dengan hambaNya, dan ketika sujud tahajjud itulah,ucapan-ucapan cinta kita bisikkan,khusus untuk Pencipta yang melahirkan cinta.

Allah utuskan ujian dan ujian lagi,kita belajar menerimanya dan ianya benar-benar membuatkan kita jatuh cinta lagi kepada Allah dan harapan hanya untukNya.

Rasa kecintaan ini juga membuatkan kita terfikir untuk hanya mengabdikan diri kepadaNya persis Rabiatul Adawiyah.Tapi untuk insan yang lemah ini,itu bukanlah jalan yang terbaik..Ada agenda-agenda untuk masa depan ummat yang perlu kita lalui..

Tapi ketahuilah,bila kita membuktikan kuatnya cinta kita menampung ujian-ujian tersebut, maka Allah menghadiahkan sesuatu yang sangat indah kepada hambaNya yang sangat Dia cintai.

Keredhaan dan ketenangan yang takkan dapat dirasai oleh hambaNya yang lemah mendapat ujian-ujian tadi.

Memori suka duka di dunia inilah yang akan menjadi muzakkirat cinta ketika kita bertemu Sang Pencipta Cinta di syurga nanti insyaAllah.

Allahul Musta'an
WallahuA'lam

10 ulasan:

  1. Subhanallah!Men 'amali'kan erti tajarrud kepada pemilik cinta~Muhasabah cinta!

    BalasPadam
  2. sometimes..manusia ni, bila menghadapi masalah.mereka akan menjadikan Allah tempat kedua untuk mengadu..
    sedangkan ujian yang datang itu,drpd Allah.
    penyelesaiannya juga drpd Allah..
    di manakah letaknya keyakinan dan cinta kita kpd Allah..?
    subhanallah... :'(

    BalasPadam
  3. Betul.Allah yang mencipta kita.Dia juga mencipta cabaran untuk menguatkan makhluk yang diciptaNya..
    Semoga bermanfaat untuk melakar kenangan cinta bersama Allah.
    Zikraayat:memori
    Muzakkirat:kisah kenangan

    BalasPadam
  4. but sometimes dgn cabaran yang Allah beri kpd hambaNya..
    masih ada yang tidak boleh terima dan seterusnya berputus asa dengan Allah..

    and masih ada yang bertanya..bagaimanakah untuk kite betul2 memupuk rasa cinta kite kpd Allah sepenuhnya daripda mencintai sesuatu yang tidak pasti..

    wallahhu'alam..... ^.^

    BalasPadam
  5. Bismillah

    Renungi Azzumar ayat 53
    Ada 2 konteks putus asa pada manusia:
    1.manusia biasa:perlu recheck semula iman,kita takut lemahnya kekuatan iman kita itu yg menyebabkan kurangnya toleransi kita pada ujian yg Allah bg
    2.manusia yg kita nampak dia aktif dlm harakah islam tp kdg2 mereka juga seolah-olah berputus asa:selalu silapnya bermula pada niat yang tak ikhlas kerana Allah.

    Bagaimana nak pupuk rasa cinta.Insyaallah,cuba kita aplikasikan langkah2 berikut:

    1.Rasa Allah tu ada

    dimana kita dalam cinta Allah?
    sedangkan Allah sayang kat kita,selalu menyeru hambaNya supaya mendekatiNya,rindu pada kita seperti kekasih yang merindukan kekasih hatinya. Sejauh mana kita mengerahkan masa dan kemampuan kita untuk tinggalkan cinta yang x pasti kepada sesuatu yang lebih mulia dan agung (cinta Allah)

    "khabarkan pd hamba-hambaKu,bhw Akulah yang Maha Pengampun,Maha Penyanyang"-Hijr 49

    2.dengan cara istighfar

    Allah sebut dalam hadis qudsi
    "org2 yang mentaatiKu,adalah orang2 yang aku cintai,orang yang mengingkariKu,mereka takkan aku putuskan rahmat,malah jika mereka bertaubat, mereka akan aku cintai,jika mereka masih berbuat maksiat kepadaKu,aku akan merawat mereka"

    bila iblis bersumpah akan menyesatkan manusia,rujuk ayat 39 alhijr,Allah balas dgn mengatakan "kebanggaanKu dan ketinggianKu untuk mengampunkan mereka selagi mana mereka istighfar kepadaKu"

    3.daya usaha/inisiatif dlm bahasa arab almubadarah

    sehinggalah kita tegakkan Allah dlm jiwa kita,kenapa tidak kita bersegera kepadaNya,tiinggalkan maksiat sampai xde cinta yang x pasti tu bertaut di hati kita.

    InsyaAllah,semoga terjwb.syukran timbulkn persoalan yang buatkan kita lebih mengkaji tentang Zat yang terlalu agung.

    Sebenarnya once kita dah dapat cinta Allah,kita pasti tinggalkan cinta yang takpasti tersebut,kita tegar melangkah keluar sebab perkara tu yang Allah redha.. dan percayalah, cinta fitrah tu akan hadir pada saat2 yang kita x jangka.Allah kurniakan seorang insan dikalangan mereka yang Allah cinta.dengan cara yang suci,dia datang menjemput kita untuk membina hubungan yang halal dan melalui hubungan yang halal tu lah,kita menyediakan hati kita untuk mencintainya sebab kita tahu dia adalah wasilah untuk kita lebih mencintai Allah.

    Wallahu 'Alam.

    BalasPadam
  6. jzkk..persoalan kite dah terjawab.. ^.^
    tapi mengapa masih ramai yang tinggi ilmunya dalam segala aspek.for examples: seorang hafiz/hafizah, dari segi penampilannya kite tahu dia mempunyai ilmu yg tinggi..

    tapi malangnya..dia bercouple,dating..till other people dah tak respect dgn dia..

    adakah masalah itu berkait dgn hidayah Allah kpdnya..??

    and ada yang cakap.."teruknya budak tu,aku ilmu sikit pun..xde buat perangai mcm tu"....

    wallahu'alam

    BalasPadam
  7. afwan kak madihah..
    thanks to Allah too because telah mempermudahkan urusan kite dalam mencari dan mengenali dengan orang yang boleh membimbing kite, dalam masa yang sama mengingatkan kite ketika kite asyik dibuai dengan nikmat dunia yang tiada hentinya menguji manusia yang sentiasa lalai..

    nice to know you..may Allah bless you..
    and i miss you even though perkenalan kite ini tidak dirancang.

    love you fillah ^.^

    BalasPadam
  8. subhanallah,maha suci Allah yang mempertautkan hati hamba-hambaNya..

    Akak ada email shai,tapi asyik failure je.
    akak cuba send lagi.
    InsyaAllah,jangan pernah rasa puas dengan amal soleh yang kita lakukan, sebab kita tak tahu amal yg mana yang Allah akan terima..

    Akak akan cuba tunaikan hak sebaik mungkin..tapi sebelum tu akak nak minta maaf awal2 kalau ade kekurangan,cth x dapat sediakan byk masa untuk shai..hehe

    Uhibbuki fillah

    BalasPadam
  9. Pernah terdengar satu hikam berbunyi;
    "Sepertimana Dia (Allah) tidak menyukai amal yang dikongsi-kongsi (tidak ikhlas), seperti itulah Dia tidak menyukai hati yang dikongsi-kongsi.
    Apa pendapat?

    BalasPadam
  10. Jzkk atas jawapannya. Semoga cinta Allah dapat ditingkatkan lagi sempena 10 akhir Ramadan ini.

    Maaflah memenuhkan ruang komen. Shoutbox dah lari, sini je ruang yang ada.

    BalasPadam