Sabtu, 6 Ogos 2011

Istee'aad - Intilaq - Istamirr


Bismillahirrahmanirrahim

Fasa rahmah hampir melabuhkan tirainya, berbaki fasa maghfirah dan itqun minan nar (pembebasan dari api neraka)

Terlalu singkat madrasah Ramadan yang Allah sediakan ini. Hampir seminggu berlalu, kita masih boleh mengkoreksi diri sejauh mana seminggu yang pertama ini kita benar-benar intilaq qowwiy dalam beramal.

"sudahkah kita menyempurnakan bacaan al-quran sekurang-kurangnya 6 juzu' sepanjang Ramadan?"

Bagaimana hubungan kita bersama ukhti-ukhti yang lain, adakah ukhwah betul-betul berkembang dan subur di madrasah ini?"

Perbaharui niat adalah perkara yang mesti dilazimi disetiap saat kehidupan. Keletihan dalam berpuasa contohnya, menjadi perkara yang amat menggembirakan lebih-lebih lagi melihat ahli beyt berbuka dengan masakan air tangan kita sendiri.

Pasti hadis Rasulullah sangat memotivasikan diri

"Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun.

MasyaAllah, semakin ramai kita memberi makan kepada orang yang berpuasa, semakin banyaklah ganjaran pahala yang kita kumpulkan (menarik hipotesis ni)

Kehidupan mereka yang memperjuangkan risalah juga berbeza dengan yang lain.
Mungkin yang lain akan lebih selesa berehat di rumah menunggu waktu berbuka.

Tapi, si pembawa risalah perlu merasakan Ramadan ini adalah shahrul jihad

Setiap langkah menuju ke tempat usrah, daurah, mukhayyam adalah jihad

Lafaz kata yang diungkapkan adalah dalam konteks Addakwah ilallah

Perkara-perkara idari yang perlu difikirkan meskipun nampak seperti teknikal biasa adalah persediaan menghadapi strategi kuffar yang begitu licik.

InsyaAllah, semoga Ramadan yang berbaki menjadikan kita lebih-lebih lagi bersemangat, meletakkkan hari esok adalah lebih baik dari hari ini.

Wallahu 'Alam

3 ulasan:

  1. Yep. Semoga hari esok bertambah baik hendaknya..
    Tahniah, penulisan semakin kemas.
    Ramadan kalau tak silap ejaan dia x de hurh 'H'.
    rasanya lah.

    BalasPadam
  2. Jazakumullah
    ye ke? baik, nanti betulkan semula..
    Tapi sebabkan byk sgt penggunaan istilah arabic, penat juga nak italic kan.. :)

    BalasPadam
  3. Terjemah terus la klu macam tu. Lebih universal dan ramai boleh faham :)

    BalasPadam