Rabu, 31 Ogos 2011

Ramadan Menjadi Saksi Ketaqwaan

Ibarat seorang pedagang yang baru selesai daripada menguruskan perniagaannya, pasti perkara yang utama baginya adalah menghitung keuntungan atau kerugiannya.

Begitu pula dengan kehadiran tetamu agung ini yang meletakkan seorang hamba yang beriman dengan hari akhirat untuk kembali menganalisa kekuatan amal yang dikumpulkan di sepanjang Ramadan; adakah amalan tersebut mampu menjadi pembebasan daripada kebengisan api neraka yang menyala?

Bagaimana selepas Ramadan?

Persoalan yang akan manusia lontarkan berkesinambungan dari madrasah Ramadan dan pembuktian yang akan diaplikasikan untuk kehidupan mendatang.

Nilaian ketaqwaan

Formula pembinaan hamba yang bertaqwa sering kita alunkan sepanjang tilawah kita bersama Al-Quran. Malah, Al-Quran dalam pandangannya yang menyeluruh untuk segenap makhluk dan kehidupan di muka bumi ini telah menerangkan kepada kita satu manhaj yang amali dalam mempersiapkan keperluan manusia bagi melahirkan generasi bertaqwa.

Firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 29 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan furqan (kemampuan membezakan antara hak dan batil) kepadamu dan menghapuskan segala kesalahanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Allah memiliki kurnia yang besar.”

Sayyid Qutb dalam mentafsirkan firman Allah (Surah Al-Anfal:29) menyatakan:

“Inilah dia bekalan iaitu bekalan persediaan dan kelengkapan di perjalanan. Bekalan ketakwaan yang menghidup, membangkit dan menyedarkan hati, membuahkan di dalamnya setinggi-tinggi kesedaran, kewaspadaan dan berhati-hati. Menyediakan baginya sinar cahaya petunjuk yang menyingkap segala rintangan ujian di liku-liku perjalanan yang sejauh mata memandang. Cahaya petunjuk ini merupakan cahaya yang tidak dikelami dengan sebarang syubhat (kesamaran) serta mendindingi pemikiran yang sempurna dan benar. Kemudiannya, ia adalah merupakan bekalan keampunan dan memaafkan sebarang kesalahan, bekalan kedamaian yang mencurahkan ketenangan dan kegembiraan, bekalan cita-cita serta impian untuk memenuhi dan mencapai kurniaan Allah yang Maha Besar di ketika hari yang tiada di sana sebarang bekalan, di ketika hari yang mana keseluruhan amalan adalah sia-sia, tidak mempunyai sebarang nilaian. Kesemuanya ini adalah merupakan kenyataan: Bahawa hanya ketakwaan kepada Allah sahajalah yang benar wujud dan menjelma di hati, satu petunjuk yang membezakan antara yang benar dan yang batil yang seterusnya menyingkapkan rintangan dan halangan di perjalanan. Begitu juga dengan hakikat-hakikat kepercayaan (akidah) ini tidak akan dirasai, difahami dan diketahui melainkan kepada mereka yang melaksanakan secara amali.”

Dalam madrasah rabbaniyah (bersifat ketuhanan) ini, ia telah menyediakan kepada mereka yang bertaqwa sebaik-baik persiapan dalam segenap aspek iaitu ruh, pembentukan keimanan dan pentarbiyahan kejiwaan yang menyeluruh. Alangkah indahnya jika dengan bekalan ini yang akhirnya membawa kita bertemu dengan Allah SWT dengan susuk tubuh hamba yang rabbani.


Pemuda dan kekuatan

Untuk pemuda fikrah yang meletakkan tujuan kehidupannya hanya untuk Allah SWT, tempoh masa selepas berlalunya Ramadan merupakan saat-saat genting baginya. Mengikuti modul latihan realiti pembinaan generasi bertaqwa selama sebulan, pasti hasilnya yang baik akan terhasil. Pemuda yang digerakkan oleh iman, didorong oleh akidah, didisiplinkan dengan hukum-hukum syariah dan yang paling penting menghasilkan peribadi yang dihiasi dengan akhlak Islam yang cemerlang.

Hal ini sangat penting bagi pemuda yang menginginkan kebangkitan Islam bersinar kembali. Generasi Al-Quran yang dibina oleh Rasulullah SAW sentiasa merindui dan menantikan kembalinya Ramadan bagi memperbaharui jiwa dan memperkasakan iman mereka, lantas menjadi ruhul jaded (roh baru) yang bersikap luar biasa sehingga memungkinkan dunia jahiliyah tunduk kepada kebenaran Al-Quran dan Islam yang dijuangkan.

Umar Al-Khattab pernah bertanyakan Ubai bin Kaab tentang taqwa :

Ubai bertanya , “Pernahkah engkau berjalan di jalan yang berduri?”

Umar menjawab, “Bahkan.”

Dan Ubai bertanya lagi, “ Apa yang engkau lakukan apabila berjalan di jalan tersebut?”

Jawab Umar, “Aku berhati-hati dan berusaha (melepasinya).”

Ubai berkata “Maka yang demikian itulah ketaqwaan.”

Melalui definisi ketaqwaan yang dinyatakan oleh Ubai bin Kaab, Sayyid Qutb menjelaskan dalam tafsirnya Fi Zilalil Quran:

“Yang demikian itulah ketakwaan, kehalusan rasa dalam tindakan, keheningan pada perasaan, ketakutan yang berterusan, kesentiasaan di dalam kewaspadaan dan pemeliharaan (diri) dan ranjau-ranjau di jalan. Jalan kehidupan. Jalan yang sentiasa dirintangi oleh ranjau-ranjau keinginan hawa nafsu, ranjau-ranjau kehalobaan, kebanggaan serta yang menakutkan dan menggetarkan hati, ranjau-ranjau tipuan pengharapan bagi mereka yang tidak mempunyai pengharapan. Tiupan ketakutan dari mereka yang tidak memberikan kemanfaatan serta kemudaratan dan puluhan macam ranjau-ranjau yang lain.”


Segalanya milik Allah

Untuk akhirnya, kita harus menyedari bahawa diri kita adalah milik Allah. Allah lah yang Maha Menguasai diri, fikiran dan tubuh kita. Oleh kerana itu, kita harus memohon kepada Allah agar setelah Ramadan, kita masih diberi tekad, kekuatan, dan kemampuan untuk menjaga dan meningkatkan amalan-amalan yang telah kita laksanakan. Kita harus memohon kepada Allah Yang Menguasai semua makhluk agar dilindungi dari segala godaan dan bisikan syaitan. Dengan berlindung kepada Allah, mudah-mudahan syaitan tidak mempunyai kekuatan lagi untuk menggoda kita.

Kita juga harus menyedari bahawa kita adalah hamba Allah dan bukanlah hamba Ramadan mahupun hamba kepada hawa nafsu. Kita beramal dan beribadah semestinya bukanlah kerana Ramadan tetapi hanya kerana cinta kita yang mendalam kepada Allah. Dengan kasih sayang-Nya yang telah menetapkan bulan Ramadan sebagai bulan yang penuh keistimewaan dan kelimpahan ampunan dan pahala. Namun demikian, hal tersebut tidak bererti bahawa kasih sayang-Nya berkurang pada bulan-bulan lain. Jika kita bersungguh-sungguh, pastinya Allah akan memberikan kemudahan kepada kita untuk menjaga kesinambungan amal pasca Ramadan. Maka, tingkatkanlah perhatian kita terhadap pengaruh hawa nafsu yang mampu menghakis konsistensi amal kita terutama selepas berakhirnya Ramadan.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Istee'aad - Intilaq - Istamirr


Bismillahirrahmanirrahim

Fasa rahmah hampir melabuhkan tirainya, berbaki fasa maghfirah dan itqun minan nar (pembebasan dari api neraka)

Terlalu singkat madrasah Ramadan yang Allah sediakan ini. Hampir seminggu berlalu, kita masih boleh mengkoreksi diri sejauh mana seminggu yang pertama ini kita benar-benar intilaq qowwiy dalam beramal.

"sudahkah kita menyempurnakan bacaan al-quran sekurang-kurangnya 6 juzu' sepanjang Ramadan?"

Bagaimana hubungan kita bersama ukhti-ukhti yang lain, adakah ukhwah betul-betul berkembang dan subur di madrasah ini?"

Perbaharui niat adalah perkara yang mesti dilazimi disetiap saat kehidupan. Keletihan dalam berpuasa contohnya, menjadi perkara yang amat menggembirakan lebih-lebih lagi melihat ahli beyt berbuka dengan masakan air tangan kita sendiri.

Pasti hadis Rasulullah sangat memotivasikan diri

"Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun.

MasyaAllah, semakin ramai kita memberi makan kepada orang yang berpuasa, semakin banyaklah ganjaran pahala yang kita kumpulkan (menarik hipotesis ni)

Kehidupan mereka yang memperjuangkan risalah juga berbeza dengan yang lain.
Mungkin yang lain akan lebih selesa berehat di rumah menunggu waktu berbuka.

Tapi, si pembawa risalah perlu merasakan Ramadan ini adalah shahrul jihad

Setiap langkah menuju ke tempat usrah, daurah, mukhayyam adalah jihad

Lafaz kata yang diungkapkan adalah dalam konteks Addakwah ilallah

Perkara-perkara idari yang perlu difikirkan meskipun nampak seperti teknikal biasa adalah persediaan menghadapi strategi kuffar yang begitu licik.

InsyaAllah, semoga Ramadan yang berbaki menjadikan kita lebih-lebih lagi bersemangat, meletakkkan hari esok adalah lebih baik dari hari ini.

Wallahu 'Alam

Jumaat, 22 Julai 2011

Shahrul Quwwah



Assalamualaikum w.r.t

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang tak pernah kering.
Nikmat dan rezeki yang sentiasa mengalir untuk hambaNya.

Jika dulu, cuti selepas exam adalah waktu yang sangat dinanti-nanti. Tidak sabar nak berziarah akhawat di muhafazah dan banyak aktiviti-aktiviti lain yang menyeronokkan.

Tapi kini, perasaan bercampur baur antara gembira dan gerun.
Gembira dapat melajukan lagi perjalanan tarbawi yang mungkin agak perlahan di musim imtihan.

Gerun apabila memikirkan tanggungjawab dan amanah yang setia menanti, takut jika ada' kurang sempurna dan akibatnya kemenangan Islam lambat tercapai.

Tapi, alhamdulillah..
sangat bersyukur apabila hidup bersama akhawat yang sentiasa memberikan semangat, wajah yang ikhlas menjernihkan keadaan sedia melengkapkan kekurangan, memberi tunjuk ajar untuk mematangkan.

Diri juga kembali bersemangat bila memikirkan kehadiran tetamu agung yang sangat istimewa. Hadiah daripada Allah untuk hambaNya yang beriman dan yang tak jemu menyucikan diri.

Ramadhan merupakan madrasah untuk kita bersama-sama membentuk peribadi muslim yang rabbani, melahirkan umat yang paling bertaqwa.

Ramadhan : Masa untuk menguatkan ruh

Ramadhan : Masa untuk memperteguhkan jati diri, juga menyempurnakan akhlak


Ramadahan : Masa menguatkan jasad

Kenapa perlu rasa lemah di bulan Ramadhan?
Bukankah kemenangan muslimin di perang Badar mengalahkan kuffar semuanya terjadi di bulan yang sangat agung ini?
Bukankah Ramadhan juga melahirkan sahabat yang mampu berjuang meneruskan amal dakwah, bahkan lebih laju lagi..

InsyaAllah, masih belum terlambat untuk kita berazam menjadi hamba yang rabbani, natijah dari tarbiyah Ramadhan kareem.

Wallahu a'lam

Isnin, 6 Jun 2011

Syurga di depanmu.

Bismillahirrahmanirrahim

Terasa rindu untuk melihat wajah Allah s.w.t

Rindu ingin berada di sisi rasulullah s.a.w

Rindu untuk melihat indahnya syurga yang Allah s.w.t sediakan

Cukup hanya mengharap mampu melihatnya,terasa malu untuk mengharap lebih daripada itu (memasukinya) dalam keadaan diri yang sangat kecil di mataNya.

Baginda bersabda “ballighu ‘anni walau aayah”

Alhamdulillah, mencuri sedikit waktu untuk berkongsi,meskipun manfaatnya hanya sedikit cuma.

Membaca kisah kenangan para sahabat bersama rasul,hati dilanda cemburu.
Sedih,tak diberi peluang seperti mereka.Melihat senyuman indah,mendengar kata-kata taujihat,senda gurau baginda.Indahnya saat-saat sahabat melakar memori bersama kekasih Allah.

Tapi,adakah hanya alasan tidak pernah hidup bersama rasulullah,kita lantas menolak untuk meneruskan risalah yang baginda bermati-matian mempertahankannya?

Tidakkah kita pernah mendengar hadis yang cukup menyentuh perasaan ummat yang tak pernah sekali pun menatap wajah bersih baginda?

Rasulullah bersabda.

“Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku.”
Maka bertanyalah para sahabat,

“Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?”

Rasulullah SAW menjawab,

“Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah RA

Malah kehidupan kekasih seolah-olah disusun cantik oleh Allah s.w.t yang manfaatnya dapat dirasai oleh ummat keseluruhannya,generasi terdahulu hingga kini.

Seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Rabi’ah bin Ka’ab suatu ketika pernah melayani Nabi SAW dengan penuh khidmat. Beliau mengambilkan air untuk berwudu’ kepada Baginda setiap kali hendak solat juga memenuhi semua hajat dan keperluan Baginda.

Untuk membalas kebaikan ini, Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Rabi’ah, mintalah sesuatu daripadaku”.

Rabiah menjawab: “Aku minta agar dapat bersama tuan nanti di syurga”.

Baginda bersabda lagi: “Apakah ada permintaan yang lain?”. Rabi’ah berkata: “Itu sahaja”.

Rasulullah SAW lalu bersabda yang bermaksud: “Maka bantulah aku dengan memperbanyakkan sujud”.
[Riwayat Muslim]

Hadis ini membuka jalan bagi kita untuk menjadi jiran Rasulullah SAW di dalam syurga firdaus, iaitu dengan cara memperbanyakkan solat sunah. Semakin banyak rakaat solat sunah yang kita lakukan, semakin besar kesempatan kita untuk menempati syurga firdaus bersama-sama Rasulullah SAW.

Allah memberi kita peluang yang sangat bernilai untuk melihat,membaca,mencontohi para sahabat yang perjalanan hidup mereka dipenuhi dengan mehnah dan lelah yang panjang.Malah Allah sendiri tidak sanggup memilih kita untuk berada bersama saf awal generasi penggerak sebab takut kita tak mampu bertoleransi dengannya.



Tarbiyah secara langsung baginda kepada sahabat akhirnya melahirkan peribadi-peribadi qowwiy yang hanya ada di hadapan mereka syurga yang terbentang luas.
Mereka melihat syurga,tanpa ada kelazatan dunia yang menghijabnya.

Firman Allah dalam surah Al ‘Emmran ayat 14
“dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan,berupa wanita-wanita,anak-anak,harta benda yang berbentuk emas dan perak,kuda pilihan,haiwan ternak dan sawah ladang.itulah kesenangan hidup di dunia,dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik”

Allah meneruskan kalimatnya,memandu kita arah yang lebih baik dari ayat di atas melalui ayat 15

“katakanlah,mahukah aku khabarkan padamu apa yang lebih baik dari demikian itu? Bagi orang-orang yang bertaqwa di sisi tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya,dan pasangan-pasangan yang suci,serta redha Allah.Dan Allah Maha Melihat hamba-hambaNya”

MEREKA ADALAH INSPIRASI

Contohi Shuhaib Ar-Rumi,menjual keuntungan dunia dengan keuntungan akhirat yang lebih agung.

Contohi Hanzalah,seruan jihad memanggilnya untuk segera menuju syurga,meskipun meninggalkan kemesraan si isteri yang baru sahaja dinikahinya.

Contohi Khansa’,melepaskan permata-permata hati yang dididik sedari kecil semata-mata untuk menyambung nyawa dakwah meskipun nyawa sendiri sanggup dikorbankan.Hati lembut seorang ibu menjadi kuat kerana beliau melihat syurga di hadapannya.

TARBIYAH UNTUK MENGUATKAN

Akhawat, rasulullah yang amat kita rindui tidak langsung meninggalkan ‘dunia’ pada kita hatta satu dirham.Tetapi baginda mewariskan harta yang cukup mahal (al-quran dan sunnah),berpeganglah pada keduanya,maka imbalannya adalah syurga firdausil a’la.
Jangan pernah rasa sakit dengan tarbiyah su’ubah (susah,perit) yang kita lalui,jihad untuk melawan hawa nafsu,dakwah yang ada pasang surutnya.

Mari kita bersama-sama muhasabah diri dan melihat kekurangan kita melalui jaulah imaniyyah yang panjang untuk memurnikan akidah,meningkatkan ibadah,memperbaiki akhlak dan meneguhkan hati. Kita harus mensucikan dakwah ini atas dasar akidah imani dan tarbiyah yang somim.

APLIKASI MUDAH PERLUKAN ISTIQOMAH

Ayat 14 dan 15 surah Al ‘Emmran sudah pun kita sentuh.Sekarang lihat pula ayat seterusnya 16,17 dan 18, maha suci Allah mengajar kita cara untuk mempraktikkan.

“(iaitu) orang-orang yang berdoa, ‘ya tuhan kami,kami benar-benar beriman,maka ampunilah dosa-dosa kami dan lidungilah kami dari azab neraka”

“(juga) orang yang sabar,orang yang benar,orang yang taat,orang yang menginfaqkan hartanya,dan orang yang memohon keampunan pada waktu sebelum fajar”
“Allah mengatakan tiada tuhan selainNya,(demikian pula) para malaikat dan orang berilmu yang menegakkan keadilan,tiada tuhan selain Dia,yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana”


Jawapan untuk melihat syurga ada ditangan kita, tarbiyah dan dakwah yang kita sama-sama meyakininya adalah sangat panjang,lebih panjang dari waktu yang kita pernah berikan sebelumnya.

Sumbernya adalah quran dan sunnah,akhlak yang baik,doa dan istighfar kita di sepertiga malam terakhir. Ia mengajar kita perkataan dan perbuatan yang benar,malah menafikan keegoan hamba terhadap Rabbnya.

Hati seorang daei harus dilazimi dengan perkara yang baik sebagai ibadah,kegembiraan dan harapan pahala.Juga harus dibersihkan daripada karat-karat jahiliyah supaya ianya juga menjadi satu ibadah,lari daripada murka Allah dan gerun akan seksaanNya.

Ya Allah,jadikan kami seperti generasi pertama
KeredhaanMu menjadi bekalan kehidupan kami
Sirah kekasihMu menjadi penguat azam kami

Wahai Rasullullah
Sungguh, kami mencintaimu
Nantikan kami menuju telaga syurga
Di mana dirimu setia menanti ummatmu

“GENERASI HARAPAN UMMAT KINI AKAN TERBANG BAK SEKAWAN BURUNG, MENUJUMU YA ALLAH DENGAN SEGERA”

Jumaat, 8 April 2011

Zikrayaat Cinta



Hubbullah yang sering kita ungkapkan memerlukan daripada hambaNya pembuktian yang cukup kuat.

"adakah kita benar-benar meletakkan cinta Allah disetiap amal kita"
"sejauh manakah kefahaman kita terhadap kalimat hubbullah tersebut"

Dan semuanya ini tidak akan terbukti melainkan dengan helaian-helaian ujian Allah terhadap hambaNya yang terpilih.

Ujian yang datang sepatutnya menguatkan cinta kita kepada Allah
Cabaran yang menjenguk itulah peningkatan darjat kita di hadapan Allah.
Dan pada masa itulah,iman kita akan sangat bertambah dan jatuh cinta kepada Allah s.w.t semakin memuncak.

tak senang rasanya, andai waktu solat tiba tapi kita masih belum siap sedia menyembahNya..

Hati mula resah andai tidak menyebut asmaNya

Ternanti-nanti saat-saat Allah sangat dekat dengan hambaNya, dan ketika sujud tahajjud itulah,ucapan-ucapan cinta kita bisikkan,khusus untuk Pencipta yang melahirkan cinta.

Allah utuskan ujian dan ujian lagi,kita belajar menerimanya dan ianya benar-benar membuatkan kita jatuh cinta lagi kepada Allah dan harapan hanya untukNya.

Rasa kecintaan ini juga membuatkan kita terfikir untuk hanya mengabdikan diri kepadaNya persis Rabiatul Adawiyah.Tapi untuk insan yang lemah ini,itu bukanlah jalan yang terbaik..Ada agenda-agenda untuk masa depan ummat yang perlu kita lalui..

Tapi ketahuilah,bila kita membuktikan kuatnya cinta kita menampung ujian-ujian tersebut, maka Allah menghadiahkan sesuatu yang sangat indah kepada hambaNya yang sangat Dia cintai.

Keredhaan dan ketenangan yang takkan dapat dirasai oleh hambaNya yang lemah mendapat ujian-ujian tadi.

Memori suka duka di dunia inilah yang akan menjadi muzakkirat cinta ketika kita bertemu Sang Pencipta Cinta di syurga nanti insyaAllah.

Allahul Musta'an
WallahuA'lam

Selasa, 15 Mac 2011

Beyt Idaman

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah,setinggi kesyukuran dirafaqkan pada Allah s.w.t,kuasa atas setiap nikmat dan rahmat yang tidak jemu Allah memberinya.Perasaan cinta kepada Allah membuatkan ana bersemangat untuk berkongsi sesuatu kepada pembaca.semoga dengan niat mencapai redhaNya insyaAllah.

Nampak seperti ana nak memperkatakan mengenai baitul muslim kan?
Tapi sebenarnya tidak sebab ana masih belum layak untuk memperkatakannya.
Beyt idaman adalah suasana rumah yang ingin kita corak biahnya bersama ukhti-ukhti kita khususnya. Nikmat berukhuwah juga adalah anugerah indah.

Walaupun adakalanya ada ukhti yang merungut:

“ana rasa ana je yang selalu kemas umah,ahli beit ana mcm x kesah je kalau umah bersepah”

“ana rasa ahli beit ana macam dah tak sayang ana”

Bila ada ukhti yang mengadu tentang perkara ni.Prinsip mudah yang ana suka kongsi bersama akhawat adalah MELETAKKAN APA YANG ALLAH SUKA DI DEPAN.
Ganjaran yang Allah akan bagi tu menyebabkan kita lebih berlapang dada dan seronok untuk melakukan kebaikan.

Bayangkan dengan program yang padat,niat di hati nak balik rumah berehat dengan tenang.Rupa-rupanya balik-balik tengok dapur pula bersepah.Tak perlu nak tarik muka masam dengan ahli beit, sepatutnya kita memahami dan pandang dalam sudut yang positif.Bila kita tahu Allah suka pada kebersihan,pasti sebelum kita letakkan kepala di bantal,kita akan pastikan lantai dapur dan pinggan mangkuk dibersihkan dulu.Hati pun seronok sebab dapat berkhidmat untuk ahli beit walaupun tak bersama mereka sepanjang hari.

Begitu juga dalam mewujudkan kehangatan ibadah kepada Allah s.w.t.
Tak salah rasanya kita mengejutkan ukhti kita untuk bersama-sama bangun malam.

“ana bukan ape,dia macam penat je,ganggu pula kejut nanti”

Tapi kita kalau boleh nak juga ukhti merasai ketenangan munajat kepadaNya dan Allah s.w.t pasti suka dan cinta kita lebih bila ukhti kita dapat bangun malam dan kitalah asbabnya.Ana dapat rasa mesti ada akhawat yang kekok untuk kejut ukhti bertahajjud sebab tahajjud benda yang sunat,lain lah kalau subuh tu kita akan pastikan ahli beit bangun berjemaah.

Percayalah,sekali kita buat,satu ketenangan perasaan Allah akan berikan.
Dengan menggunakan suara dan sentuhan yang paling lembut kita kejutkan ukhti kita bertahajjud. Pasti ukhti kita rasa seronok,sebab selain dapat berkhalwat dengan Allah,dia juga dapat peratus lebih untuk mutabaah amal dalam usrah.

Em,tapi jika ukhti kita tak bangun juga,cuba dengar katanya sebelum ke kuliah

“akak,sori tak bangun pagi tadi,kita x jalan kalau org kejut lembut sangat,akak kejut je kita ganas2”

Ha..masa tu lah kita ambil peluang esoknya untuk kejut cara yang lebih tegas lagi.

Beyt idaman juga tidak akan berlaku jika ahli beitnya sentiasa ingin menuntut hak berbanding menjalankan peranan.Masing-masing hanya ingin menerima tapi lokek memberi.
Apabila kita memikirkan keadaan win-lose (kita menang,dia kalah),maka semuanya akan berakhir dengan lose-lose.Sama-sama rugi,sama-sama tidak mendapat hak sebab masing-masing mengabaikan peranan.Sebaliknya fikirkan keadaan win-win,insyaAllah masing-masing akan mendapat haknya.

Cubalah sedaya-upaya untuk memberikan hak ukhwah kepada ahli beit kita mahupun ukhti-ukhti yang lain.

Masalah hati salah satu isu yang selalu juga timbul.

“ukhti ni asyik dia je yang betul”

“ana rasa ukhti ni saje je nak kenakan ana”

Akhawat,wanita yang ditarbiyah adalah wanita yang sentiasa mahukan yang terbaik dalam kehidupannya,nilai ukhwahnya dan setiap amalnya.Anggaplah setiap teguran ukhti sebagai pesanan untuk kebaikan diri kita sendiri.

Ukhti mutazawwijah ada berpesan

“kalau masa bujang ni pun ada masalah hati,nanti dah kahwin lagi susah.Ingat senang ke nak hidup bersama dan bertahamul dengan pasangan yang lain jantina”

Macam tu lah,sedikit perkongsian yang tak seberapa.Tegur ana jika ada taqsir dalam melakukan hak-hak ukhwah.


Sebelum menutup,mabruk diucapkan buat ukhti yang yang sudah atau akan melangkah ke Baitul Muslim, satu anugerah yang tak ternilai juga apabila dapat meneruskan perjuangan bersama akh yang mendapat nikmat seperti kita malah lebih lagi.

Ucapan ana:

“Permulaan atas nama Allah,maka jalannya nanti akan dipandu oleh Allah,sentiasa mensohihkan niat,niat untuk mendapat redhaNya,syurga,sayap kiri perjuangan suami,isteri kedua kepadanya(dakwah isteri pertama),jangan mengharapkan kesempurnaan pada suami sebab kita sendiri yang akan menyempurnakannya untuk dia manjadi sempurna di hadapan Allah,madrasah untuk generasi harapan yang bakal dilahirkan.Ameenn..

Wallahu A’lam

Khamis, 10 Mac 2011

Wasilah Ke Syurga


Bismillahirrahmanirrahim

"Berilah peringatan,sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang beriman"

Penulis yang hebat adalah penulis yang melalui penulisannya mampu menyentuh hati-hati manusia yang membacanya.Bila ana berfikir, masa yang lapang bukanlah faktor utama untuk penulis meligatkan tulisannya.Kenapa?

Kerana untuk menghasilkan tulisan yang memberi kesan kepada pembaca, mestilah penulis tersebut dalam keadaaan benar-benar menjiwai isu yang ingin disampaikan dan penulisannya lahir daripada hati yang ikhlas kerana Allah s.w.t dan semata-mata untuk manfaat pembaca(masyarakat ikhwah atau akhawat)

Contohnya pengisian yang kita nak sampaikan adalah mengenai perjuangan.Mesej perjuangan tidak akan sampai pada hati manusia jika kita sendiri bukanlah pejuang yang tegar.Contoh lain,kita nak menulis tentang 'kelazatan qiamullail'.Penulisan kita tidak mampu membangkitkan semangat pembaca untuk bangun malam jika penulis sendiri tidak melakukan tahajjud dan penulisannya boleh menjadi perkara yang sia-sia.

Jadi,penulis yang menggunakan hatinya ketika menulis, akan mendapati pembaca yang menggunakan hatinya untuk membaca.Menarik kan?

Perkara ni sebenarnya ana rasa sendiri, masa lapang yang Allah bagi masih bukan peluang untuk kita gunakan semaksimum mungkin untuk penulisan.Tapi jika kita sibuk dengan kuliah,study,usrah,mabit,adakalanya perasaan untuk menulis tu membuak-buak sebab kita nak share sesuatu yang kita dapat untuk manfaat bersama.

Dalam satu hadis, seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata "Wahai Rasulullah,berilah aku wasiat".
Baginda bertanya "Sungguhkah kau meminta wasiat?"
Lelaki itu berkata "ya".
Maka Rasulullah s.a.w berkata "Jika kau bermaksud pada sesuatu,hendaklah kau fikirkan apakah akibatnya.Jika baik teruskan,jika tidak maka hendaklah kau hentikan saja"


Berapa banyak pula penulisan yang ter'cipta' daripada emosi penulis,perasaan hasad yang langsung tidak mendatangkan amal malah melalui penulisannya menyebabkan sesuatu kelompok membenci kelompok yang lain?

Perkara ini sangatlah penting untuk kita ambil perhatian, arus kemajuan teknologi adalah salah satu nikmat yang Allah anugerahkan kepada orang yang beriman untuk mereka menjadikannya sebagai tali untuk memaut redhaNya.

Dikatakan,Allah memberi wahyu kepada Musa as
"sesiapa yang mati telah bertaubat daripada ghibah,dia adalah orang yang terakhir masuk syurga dan sesiapa yang mati membiasakan ghibah,dia adalah orang yang pertama masuk neraka"
(ana petik daripada kitab mukasyafah alqulub karangan Imam Ghazali)

Baginda bersabda "Sesiapa yang memburukkan orang muslim dengan satu kalimat tanpa kebenaran, Allah akan memburukkannya di neraka pada hari kiamat kelak"

Dalam surah At-Tahrim Allah menyebut;
"Lalu keduanya berkhianat kepada suaminya(membuat fitnah),maka suami keduanya tidak dapat mempertahankan mereka dari seksa Allah sedikitpun"

Akhirnya,jadikan blog/penulisan kita salah satu taman dari taman-taman syurga (dihiasi dengan mekarnya kecintaan kita pada Allah s.w.t dan agamaNya) dan jauhilah blog/penulisan kita daripada menjadi salah satu lubang dari lubang-lubang neraka (memecahbelahkan,menfitnah)

Wallahu A'lam